Pages

Tuesday, September 23, 2014

Suatu hari nanti

Bismillahirrahmanirrahim






Satu hari nanti, aku akan berbangga dengan kecekalan dan ketidakputuasaan aku hari ini.
Satu hari nanti, aku akan berterima kasih pada diri kerana pilih untuk bertahan dan terus berjalan walau seberat mana cabaran dalam mencapai impian.

Kerana semakin besar dan berat cabaran itu…semakin indah dan bermakna impian yang dicapai.
Impian yang tercapai hanyalah bonus, tapi hasil dari proses perjalanan mencapai impian itu yang aku mahukan. Iaitu menjadi peribadi yang lebih kreatif dan dewasa, lebih bijaksana, lebih sabar dan penuh beas kasih dalam perjalanan menuju Nya

Sebab berlian berharga bukan kerana cantik dan indah rupanya, tetapi kerana sukar mendapakannya. Dan terlalu lama proses penghasilannya. Ia menjadikan berlian sangat ‘rare’ dan isimewa dan sangat mahal!
Jadi hari ini, jika ada rasa mahu ‘give up’ atau mahu berhenti dari mengejar impianku, ingatlah ! Hari ini adalah hari yang penting buatku…adakah aku pilih hanya menjadi batu-batuan biasa atau menjadi BERLIAN?

Pilihan aku hari ini yang menetukan siapa aku esok. Pilihan di tanganku.

Teruskan…teruskan berjalan.

No comments:

Post a Comment