Pages

Sunday, December 14, 2014

Bertanya Allah Dahulu (BAD)

Bismillahirrahmanirrahim..

Bertanya Allah dulu- BAD
Seperti biasa, apabila ada di rumah, ayah akan memberikan saya tugasan untuk membeli barang basahan untuk bekalan masakan beberapa hari. Ayah hanya memberi cukup-cukup RM50 untuk membeli barang-barang tersebut.

Sebelum ke kedai barang basahan, saya dan adik makan tengah hari dahulu yang kemudiannya telah meninggalkan duit berbaki hanya RM 37. Tiba-tiba terfikir, cukup ke duit yang berbaki ni untuk membeli ikan, sayur dan beberapa barangan yang lain untuk bekalan masakan makanan pagi, tengahari dan malam untuk sekeluarga buat beberapa hari. Lalu, aku teringat akan teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD). Teknik ini telah saya baca dari sahabat facebook (Insyirah Azhar). Bertanya pada Allah dahulu pada setiap apa yang mahu kita lakukan atau apa yg kita mahu.

Lalu saya terus mengaplikasikan teknik BAD ini. Saya berkata dalam hati,

 “Ya Allah, aku hanya ada RM 37, aku nak beli barang basahan masakan bekalan beberapa hari untuk keluargaku. Tolong aku ya Allah, cukupkan”.

Selepas tawakal, saya memilih sepotong ikan pari, 4 ekor ikan kembung, 3 ekor ikan merah, 7 ketul sotong, 8 ketul udang, seikat sayur pucuk paku, lobak merah 2 batang, sengenggam kacang buncis, sengenggam cili padi, sengenggam cili , kobis dan sepeket mihun yang semuanya aku tidak tahu beberapa harganya.

Kemudian selepas pasrah memilih saya letakakkan barang-barang tersebut di atas kaunter untuk dikira. Satu-satu barang ditimbang oleh encik casher sambal laju beliau memasukkan harga barangan di mesin kira-kira. Satu-satu harga terpapar, akhirya…keching…. Total harga terkeluar. Sungguh terkejut hati ini di saat itu, betul la kalau kita bertawakkal pada Allah dan hanya mengharapkan pertolongan Allah, Allah akan dengar dan bantu kita.

Tahukah anda berapa jumlah harga barang-barang tersebut? RM 36.90. Ye, itu lah harganya… MasyaAllah… sungguh hebat kuasa bertawakal dan bertanya pada Allah. Allah itu Maha Berkuasa, Dia dengar hamba dia meminta.

In shaa Allah, aku akan mengaplikasi BAD ini dalam setiap urusan kehidupan ku. Rasa lebih tenang bila Allah sentiasa ada di hati.

Nota- nak tahu tak apa itu BAD? Nanti aku kongsikan.
Taknik berkesan merasai keaijaiban pemakbulan doa dalam masa yang singkat dengan izin Allah
Mengajar kita meletakkan Allah dalam segala urusan.

Allah dulu, Allah lagi, Allah terus
Believe yourself, have faith in Allah

BAD (Insyirah Azhar, Pengasas Write Through)

No comments:

Post a Comment