Pages

Tuesday, August 26, 2014

5 Cara Pantas Bunuh Siput Babi

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap dari kita pasti ada matlamat, tak kira lah matlamat apa pun. memang lumrah manusia mempunyai matlamat yang ingin di capai. malamat untuk dapat straight A dalam SPM, nak berjaya dalam bisnes yang di jalankan, mungkin ada jugak yang ingin turunkan berat badan dan mempunyai badan sihat. 

Tetapi, adakalanya matlamat ini terkubur di tengah jalan, mungkin yang molek sikit terkubur di tepi jalan (eh apa aku merepek ni). ye la umpamanya kita tak dapat capai matlamat kita, mungkin tercapai tapi melebihi waktu yang ditetapkan (lambat).

Tahu tak sebab apa kita tak dapat capai matlamat itu, salah satu sebabnya adalah adanya sifat siput babi dalam diri.



Jadi, nak kongsi sikit tips bagaimana nak bunuh sifat siput babi dalam diri supaya dapat mengecapi kejayaan dalam hidup. tips ini diambil dari buku Blueprint Kejayaan penulisnya Tuan Ammar Zahar.

5 Cara Bunuh Siput Babi Dalam Diri

1. Pantas Bertindak, Pantas Hasilnya

Terapkan dalam minda kita, jika mahu dapat hasil yang pantas, maka pertukarannya adalah tindakan yang pantas. Tindakan ini yang membezakan di antara manusia berjaya dan sebaliknya.

Disiplinkan diri untuk sentiasa bertindak, mencuba, dan berusaha ke arah matlamat yang dinginkan.

2. Gagal Tandanya Berjaya

"Semakin cepat kita gagal, semakin cepat kita belajar. Semakin cepat kita belajar, semakin dekat kita dengan keayaan" -Anonymous.

Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Gagal juga merupakan pencentus inspirasi kepada individu-individu beraya di dunia. Kegagalan yang dihadai adalah pengalaman emas yang tidak boleh diambil dari mana-mana buku motivasi di seluruh dunia.

"Jatuh itu Biasa, Bangun semula dari jatuh itu yang luar biasa"

3. Minta Pencinta Berikan Tekanan

Menurut kajian psikologu, manusia dikuasai oleh emosi. Kebanyakkan masa, kita bertindak berdasarkan emosi. Jadikan emosi ini sebagai satu kelebihan untuk menadi individu berjaya.

Sebarkan maklumat tentang keinginan kita untuk berubah kepada orang yang kita cinta. Boleh jadi suami, isteri, ibu ayah, sahabat, dan ramai lagi. Tuuannya supaya mereka dapat memahami apa yang kita mahu.

Kemudian memberikan sokongan yang berterusan sehingga ita beraya mencapai matlamat. Sokongan mereka ini membentuk satu tenaga emosi yang kuat untuk kita melakukan tindakan luar biasa.

4. Susahkan Hidup Sendiri

Hanya orang yang hidup susah sahaja betapa peritnya kehidupan tanpa sebarang keistimewaan dari sudut harta atau kasih sayang.

Hidup yang susah juga dapat menjadi dorongan yang kuat untuk mengubah kehidupan secara holistik.

Bagi yang berani mengambil risko, belaar untuk hidup susah. Sekiranya kita ada sedikit harta, berikan kepada orang lain untuk uruskan. Biar kita bermula dengan kosong

Tekanan ini adalah tekanan  yang positif untuk menajadi orang yang berajaya dalam hidup.

5. Masa itu Emas

Jika harga masa setiap saat seperti harga emas, maka manusia pasti menggunakan masa sebaik-baiknya bagi tujuan yang bermanfaat. Pepatah ini begitu popular di dalam kalangan masyarakat.

Tetapi sekadar popular. Kerana ia tidak didalami dengan penuh perasaan. Orang yang berjaya menganggap setiap saat mereka berharga. Mereka lebih rela tidak tidur untuk mengejar matlamat yang ingin dikecapi.

Allah berfirman,

"Demi masa. Manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

(Al-Asr, 103:1-3)

Menganggap setiap masa adalah emas yang bernilai tinggi adalah satu teknik untuk mendorong diri sendiri supaya tidak mempunyai sifat siput babi.

No comments:

Post a Comment