Kringg…….
“Semua pelajar di minta beratur diluar kelas sekarang”
"Sekarang kita akan menyanyikan Asmaulhusna, semua pelajar dimohon berdiri tegak". suara wakil pelajar di pembesar suara.
Ya…ini la rutin harian aku dan pelajar-pelajar lain sebagai pelajar Sekolah Agama
Menegah Hulu Langat atau paling di kenali sebagai SAM10 11 tahun dahulu, sudah
sedekad lebih aku meninggalkan zaman persekolahan.
Teringat zaman melagukan Asmaulhusna setip pagi 5 hari
seminggu sebelum memulakan pelajaran. Nama2 Allah menjadi sebutan dan ingatan
sebagai pemula hari, nama Allah menjadi yang pertama sebelum ilmu-ilmu lain
dimasukkan di dalam diri setiap pelajar.
Baru ku sedari mengapa mudahnnya ilmu-ilmu yang diberi
diserap masuk ke dalam otak. Kerana di situ adanya Redha dan keberkatan Allah,
kerana hari dimulakan dengan mengingati keagungn dan kehebatannya. Setiap pagi,
bangun daari tidur rasa bersemangat ingin pergi ke sekolah menuntut ilmu.
Selpas mendengarkan video ini, teringat kembali zaman
tersebut. Sudah lama rasanya meninggalkan amalan ini. Rasa seperti sudah jauh
dari Maha Pencipta. Sayu..
Pernah terbaca dari catatan seorang akhwat,
‘Ingin merasa cinta kepada Nabi, Cinta la Allah. Dengan
sendiri cinta seluruh makhluk akan hadir’.
Sekiranya mahu hadirnya rasa Cinta itu,
kenalilah Dia dengan sifat-sifat dan namanya (Asmaulhusna).
No comments:
Post a Comment