Pages

Tuesday, June 12, 2012

Sifat Pemurah Rasulullah S.A.W


 Bismillahirahmanirrahim


Rasulullah telah bersabda, ‘ Kunci Syurga ialah mencintai orang miskin.” Ini adalah satu ajaran Islam yang sangat mulia iaitu menganjurkan umatnya agar bersikap pemurah dan dermawan. Dalam hal ini Rasulullah sendiri telah menunjukan satu contoh kemurahan hati yang sangat luar biasa.

Pada suatu hari, setelah sembahyang berjemaah di masjid baginda kelihatan tergesa-gesa pulang ke rumah. Keaadanya berlainan dari biasa, sehingga sahabat-sahabat saling bertanya apakah sebabnya Rasulullah jadi begitu.

Setelah sampai di rumah lalu Rasullullah pun menyuruh pembantu rumahnya memanggil orang0orang fakir dan miskin pada malam itu juga kerana baginda hendak membahgi-bahagikan wang kepada mereka. Setelah semua golongan fakir dan miskin itu tiba di rumahnya, baginda pun memberikan wang tersebut kepada mereka sehingga tidak ada satu dirham pun yang tinggal buat baginda.

Pada suatu hari yang lain pula, baginda telah pergi ke pasar untuk membeli sehelai kain sarung dengan membawa wang yang banyak sebanyak lapan dirham. Dalam perjalanan baginda ke pasar, baginda telah bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis tersedu-sedu. Setelah budak baginda bertanya kepada budak itu, barulah baginda tahu rupanya budak itu takut untuk pulang ke rumah, takut dimarahi oleh majikannya. Seketika itu juga Rasulullah memberikan dua dirham daripada wangnya, barulah budak itu berhenti menangis.

Dengan wang enam dirham yang masih tinggal baginda meneruskan perjalanan ke pasar. Setibanya di pasar itu baginda pun membeli sehelai kain sarung dengan harga empat dirham.
Dalam perjalanan baginda pulang ke rumah, baginda bertemu pulak dengan seorang lelaki tua yang compang camping kain sarungnya sehingga menampakan auratnya. Tanpa memikirkan keperluannya sendiri baginda terus memberikan kain sarung yang baru dibelinya itu kepada orang tua tersebut.

Orang tua itu berasa sungguh gembira kerana sebelum ini belum pernah ada orang meneghadiahkan kain kepadanya. Kemudai baginda pergi semula kepasar dengan membawa baki wangnya yang masih tinggal. Lantas beliau membeli sehelai kain untuknya yang pasti mutunya lebih rendah dari kain tadi.

Setelah itu baginda pulang ke rumah, tidak lama kemudian datang seorang wanita membawa sehelai kain untuk dihadiahkan kepada Rasulullah. Sambil tersenyum baginda menerima hadiah itu. Sebaik wanita itu pergi, datang pula seorang lelaki yang memberitahu bahawa salah seorang dari ahli keluarganya telah meninggal dunia. Lelaki itu mengadu kepada Rasulullah bahawa dia tidak mempunyai kain untuk mengkafankan jenazah tersebut. Tanpa berfikir panjang lagi, Rasulullah terus memberikan kain yang dihadiahkan oleh wanita tadi kepada lelaki tersebut. 

Maka Raulullah pun menyuruh lelaki itu pulang segera untuk mengkebumikan jenazah itu.
Inilah sifat Rasulullah S.A.W. yang mana baginda tidak sedikitpun mementingkan diri sendiri, sebaliknya baginda lebih suka memberikan apa yang ada pada baginda untuk orang yang lebih memerlukan, semoga Allah membukakan hati kita menjadi orang yang lebih suka berderma ke jalan Allah, serta memasukkan kita kedalam orang yang diredhaiNya.

No comments:

Post a Comment