Bismilllahirrahmanirrahim...
“Sesiapa
berbuaat kebaikkan mendapat sepuluh kali ganda amalannyya. Dan sesiapa berbuat
kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan
(dizalimi)( Al-An’am 6 : 160)”
Kisah
hari ini, dalam fikiran penuh dengan rancangan bagaimana hendak menjimatkan
duit tanpa perlu mengahantar pakaian kotor ke kedai dobi. Hendak basuh sendiri
pakai tangan seperti tidak mampu kerana kesibukkan lain. Jadi sebelum pulang ke rumah sewa, aku masukkan
beberapa ringgit yang ada di tangan kedalam tabung sedekah yang disediakan ayah
didalam rumah khas untuk ahli keluarga mengamalkan amalan bersedekah. Lalu
tanpa disangka Allah hadirkan pertolongan apabila housmate pulang ke rumah sewa
malam itu dengan membawa sebuah mesin basuh. Alhamdulillah, ya Allah… ini lah
power of sedekah.
Benarlah,
sedekah benar-benar merupakan pelaburan ghaib. Pulangannya berlipat kali ganda.
Datangnya tidak disangka-sangka. Ajaib. Memang Ajaib.
Jadi
apabila berasa sempit rezeki, segera memperluaskan dengan banya memberi. Terus
memberi, memberi dan memberi. Jangan tangguh-tangguh, kerana segalanya pasti
Allah balas. Beri walaupun sedikit kerana setiap satu sedekah Allah balas
dengan sepuluh kali ganda.
No comments:
Post a Comment