Pages

Wednesday, April 16, 2014

Kunci

Bismillahirrahmanirrahim

Kunci motor aku hilang, secara tak sengaja terhilang oleh roomate aku di tempat kerjanya. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan sebab aku ada kunci spare. Tapi, masalahnya aku ada di rumah. Mungkin beberapa hari lagi baru pulang semula ke rumah sewa. Jadi perlu cari penyelesain untuk memastikan motor tu tak berada di tempat itu lama-lama.

Sebenarnya...aku ok je...yup In shaa Allah ok. Walaupun kita dah jaga barang kepunyaan kita elok2. The moment aku bagi keizinan untuk menggunakan kenderaan tersebut kepada roomate2 aku, aku dah bersedia untuk risiko2 yg akan berlaku. Sebab setiap apa yang akan berlaku semuanya Allah dah tetapkan. Dan aku yakin pada Allah...yang dia akan jaga mereka. Dan kenderaan itu jugak kepunyaan Allah, juga dipinjam dari Allah kepada aku.

Macam tu juga hati kita kan...
Even kita dah jaga elok2, kadang2 akan ada yang datang untuk mengusik hati kita.
Begitu juga, bila kita rasa kita dah bersedia untuk menerima apa 2 risiko bila kita serahkan hati kita pada manusia lain. Pasti akan ada satu masa kita terluka.
Tapi..hati tu...bila kita jaga dan kita serahkan hanya pada Allah.. pasti kita tak kan resah dan gelisah.
Tiada apa yang perlu dirisaukan. Hanya perlu yakin sahaja pada Dia.
Sebab dia la Tuan kepada hati kita, sebab kita yakin Allah adalah segala galanya, sebaik2 pelindung, sebaik2 penjaga.
Jadi kita akan belajar apa itu erti Redha dan sabar.

Apabila Allah bagi ujian macam ni kat aku, Allah nak bagi amaran. Sebab aku ada buat dosa hari ni padaNya. Yup aku futur harini...malu...malu pada Allah. Sebab bila aku jauh dariNya dia datang dekat pada aku, bagi peringatan supaya aku x makin jauh dari landasan sebenar.
Walaupun, bagi orang lain kehilangan kunci itu bukan masalah besar sebab bukan kenderaan tersebut yang hilang. Tapi, perkara kecil ini bagi aku adalah amaran dari Allah yang sebenarnya kasih sayang Beliau buat aku.

Sedih...sebab iman semakin hari semakin menurun.

No comments:

Post a Comment