Pages

Monday, August 25, 2014

Twin Sniper

Bismillahirrahmanirrahim..

Jalan-jalan di muka buku, kemudian terbaca tulisan seorang sahabat fb, beliau mungkin tak kenal aku, tapi suka bagiku untuk gelarkannya sifu ku. tulisan-tulisannya bukan biasa2..tapi banyak memberi manfaat.





Kajian dibuat oleh US Army,
sniper yang bergerak sendirian akan 
mengalami depressi, tekanan dan mudah hilang fokus
dalam menjalankan mission.
Workload mereka lebih banyak ditanggung sendirian.

The solution is,
Twin Sniper.

*Semasa talk Dato Roslan Ab Hamid,
beliau menyatakan Twin Striker.

+++++++++++++++++++++++++

Dalam business, apabila kita ada partner
yang mempunyai satu arah perjalanan yang sama,
lebih mudah untuk kita mencapai matlamat.

Di belakang Tony Fernandes, ada Twin Sniper-nya.
Di belakang Dr Azizan Othman, ada Twin Sniper-nya.
ABS Holding Group ; Chairmannya Puan Ainon Mohd.
bersama Tuan Hir Effendy Md Tahir.

WhatsAPP pun bergerak secara twin partner.
*banyak lagi contoh Twin Partner,
nanti nati kita research lagi. 

Lazimnya, Twin partner kita biasanya
pasangan suami isteri, kawan rapat
mahupun adik beradik.

Apakah kepentingan ada 2 orang rakan partner ini ?

=========================

Sniper yang bergerak sendirian untuk menjayakan
misi kebiasaannya akan lebih lelah menanggung beban.

Too tired will make they miss their important shot.
One bullet one kill.

2 orang sniper yang bergerak seiring,
-membawa beban bersama
-mempunyai teman untuk push forward
-bantu membantu untuk mencapai misi
-teman berbual dan tepuk tepuk belakang.
-pembahagian workload.

Perjalanan niaga InsyaALLAH akan menjadi
lebih mudah dengan adanya Twin Partner
yang bersama membawa syarikat ke puncak jaya.


credit to Faiz Sufi -

Saya pernah merasai pengalaman ini. Buat sahabat saya, Terima Kasih kerana pernah menjadi twin sniper saya. Memotivasi di kalah lemah, mengingat di kala alpa, menolak naik di kala hampir jatuh, sama2 bangkit dan berusaha menghabiskan apa yang sudah dimulakan, teman bergurau dan melayan usikkan2 saya serta inspirasi menjadi yang hamba Allah yang baik dan taat. 

Saya juga faham perasaan bergerak sendirian dalam mencapai apa yg diimpikan. Setelah bergerak sendirian, kini saya faham nikmatnya mempunyai twin sniper.

Sahabat, doakan juga saya dikurniakan Allah twin sniper dunia akhirat. twin sniper dalam urusan dunia, urusan akhirat dan urusan agama.

No comments:

Post a Comment