Dunia hanya persinggahan, Akhirat kekal abadi. Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis.
Monday, March 24, 2014
Di Raudah Itu
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah..
berilah aku hati yang lebih yakin
hati yang jitu
yang dapat menicintai Mu
Ya Wahhab
jadikanlah aku insan yang berilmu
yang merasai makna hikmah
dengannya dapat aku mendidik diri
Ya Latif
lembutkanlah akhlakku
ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ihklas
tanpa mengharap balasan
Ya Hananan
kurniakanlah aku hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang dengannya aku mendapat ketenangan
Ya Rahman
jadikanlah aku anak yang solehah
isteri yang baik
ibu yang pengasih
agar rumah tangga dan keluargaku
menjadi syurga dunia
seta jambatan ke akhirat nanti
-Pahrol Mohd Juoi-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment