Pages

Friday, March 27, 2015

10 Minit Yang Berharga


Bismillahirrahmanirrahim


Di suatu petang, aku dan abang terkocoh kocoh berlari, dari satu rumah ke satu rumah lalu melalui lorong untuk sampai ke distinasi yang dituju. Tidak kami hirau jeritan kawan-kawan sepermainan di taman permainan kerana meninggalkan permainan begitu sahaja.

Abangku yang tua 2 tahun dari ku menjerit.
     
        "Cepat-cepat!! dah pukul 6.30, habis... pasti ayah marah,"

Tercungap-cungap kami berlari, lalu berhenti di hadapan rumah. Sah.. hukuman bakal dikenakan kerana bermain melebihi masa yang ditetapkan.

Ayah berdiri di pintu pagar rumah, dengan muka yang garang sambil memegang rotan.
    
       "Ayah sudah pesan banyak kali, apabila bermain, pastikan sampai di rumah sebelum pukul 6.30. Maghrib sekarang sudah awal. Pukul berapa hendak mandi dan bersiap-siap untuk maghrib?"

Aku didalam hati. 
  
         'Aduh.. inilah padahnya apabila bermain tidak ingat dunia. Jam pula tidak dipakai.'


Itu lah salah satu peraturan rumah aku, displin yang ayah terapkan buat kami, bersedia sebelum azan berkumandang. Setiap kali sebelum azan, setiap ahli rumah sudah pun mengambil wuduk, sudah ada di ruang solat dan sejadah sudah di bentang.

Kata ayah, ada 4 grade manusia


A. Manusia yg sebelum azan berkumandang sudah mempunyai wuduk dan sudah berada di tempat solat sama ada di rumah, masjid atau surau.
B. Manusia yg mendengar azan terus meninggalkan kerja dan segera mengambil wuduk utk menunaikan solat.
C. Manusia yg sudah mendengar azan berkumandang tetapi masih leka dengan urusan dunia. Selepas kerja siap baru menunaikan solat.
D. Manusia yang mendengar azan dan langsung tidak menunaikan solat. Astaghfirullahalazim... jauh kan la kami daripada tergolong dalam kumpulan ini.


Manusia grade A adalah terbaik, kerana sudah bersiap sedia berjumpa Allah bila tiba masanya. Malah, ini menunjukkan kita, bahawa kita mengutamakan Allah daripada segala-galanya. Solat di awal waktu adalah yg paling terbaik, malah ganjarannya sangat la besar.

Namun kali ini nasib tidak menyebelahi kami. Akibatnya, hukuman berkurung di luar rumah dikenakan. Dalam tempoh beberapa minit kami diminta muhasabah diri semula atas apa yg kami lakukan.

Hukuman ini walaupun nampak biasa, tetapi bagi kami yang masih kanak-kanak mengajar kami beberapa penganjaran.

1. Alert dengan waktu.
2. Berdisplin dengan waktu
3. Malu dikenakan hukuman seperti itu kerana malu dilihat jiran2


Bertapa, ayah mendisplinkan kami dengan solat diawal waktu walaupun kami masih kanak-kanak. Didikan ayah ini, sahingga sekarang memberi kesan di dalam pembentukan peribadi kami. Aku seorang yang sangat menjaga waktu, sekiranya mempunyai temu janji dengan seseorang atau perkara-perkara lain seperti pergi ke kelas, aku akan pastikan aku sampai tepat pada waktu malah kebiasaannya aku akan sampai sebelum masa yg ditetapkan.

Baru-baru ini ayah telah memasang sebuah jam solat yang sangat praktikal di dinding rumah. Jam ini tertera 5 waktu solat, setiap kali waktu solat, akan berkumandang azan , malah 10 minit sebelum masuk waktu solat akan kedengaran bacaan surah-surah terpilih di dalam al quran. Sebagai contoh, surah al Waqiah pada waktu subuh dan surah al Mulk pada waktu maghrib. Jam ini juga akan mengalunkan zikir setiap tepat sejam.

Kataku pada ayah, kenapalah, jam ini tidak wujud pada zaman kecil kami lagi. Kata ayah, jam ini untuk cucu-cucunya yang akan lahir beberapa bulan lagi. Biar terdidik juga menjaga waktu. Sekiranya dia menjaga Allah, dalam urusan lain juga dia akan menjaga.

Betul kata ayah, apalah sangat wang berbanding kesan di masa hadapan. Jam ini seperti yang kita lihat di masjid-masjid cuma saiz nya lebih kecil sesuai dengan saiz rumah. Dan harganya lebih murah, sesuai dimiliki oleh setiap rumah.

-Jagalah Allah dan Allah akan menjaga kamu-



Jam Azan kategori rumah
jam ni bersaiz kecil dan nampak moden


jam yang telah di gantung di rumah


jam table
jam ini sama fungsinya seperti jam dinding
sesuai untuk dijadikan hadiah 
jam surau


jam masjid

1 comment:

  1. nice experience, dear..btw, sejak bila jdi pengedar jam solat ni? ;)

    ReplyDelete