Pages

Tuesday, January 7, 2014

Hati ini

Bismillahirrahmanirrahim

Bertapa indahnya masa lalu
Ketika hati masih bersih tanpa noda
Masih suci tanpa kotoran-kotoran dunia
Tenangnya hati ketika itu

Ku sangat-sangat merindui zaman itu
Bersekolah, melaluI zaman remaja dan kanak2 penuh riang bersama sahabat
Tiada apa yg perlu dirisaukan
Cuma kadangkala peperiksaan di sekolah buat diri gulau gulana

Ah...tidak seteruk gulau gulana hati yg penuh dosa
Buat awak, kamu, kau, aku, saya dan sesiapa
Nasihat ku

Usah bermain dengan hati
Usah melayan dosa-dosa dunia
Sekali terusik
Merana selamanya

Bagai ingin merayu pada Allah
Berikan ku hati yang baru
Hati yang putih dan suci
Hati yang tiada kotoran2 dosa
Hati yang tidak di letakan pada bukan yang sepatutnya

Ah kau wahai diri
Perkara yg lepas tidak perlu di kenang..
Ya..tak perlu dikenang tp sedarlah kau ia pengajaran buat diri
Pengajaran untuk menginsafi diri

Jauhi dosa dan noda
Jagai hati dan iman
Taat Allah, taat rasul
Sayang ibu ayah

Kerana hidup di dunia tidak selamanya
Syurga yang indah kekal abadi

No comments:

Post a Comment