Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan dirimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
Sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa mahu terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan
Adam
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku
Lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman
Sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya
Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sesama Adam bermusuhan sesamanya kerana Hawa
Buktinya cukup nyata
Peristiwa Habil dn Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
Mengharuskan beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih daripada satu waktu
Adam
Kau sebenarnya imam dan aku sebenarnya makmum
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua
Jika kau benr, maka benarlah aku
Jika kau lalai, maka lalailah daku
Kau mempunyai kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan nafsumu satu,
Aku….akalku satu, nafsuku beribu!
Oleh itu Adam
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa
Sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya
Aku kini hampir tenggelam Adam….
Adam
Aku suka kalau kau mengimami sembahyangku pada setiap waktu
Akan ku aminkan bacaan doamu
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu
Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku
Kau ajaklah aku untuk membaca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat
Kau khabarkan aku tentang Fardhu-Fardhu yang patut aku tahu
Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat
Adam
Akhirnya, ajarlah aku agar aku menjadi isterimu yang solehah
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu
Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku
Bantulah aku agar otakku tidak buntu
Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa akan sabar menanggungnya….
Na’uzubillahiminzalik
Adam...ku ingin bersama mu hingga ke syurga Allah.
p/s-terlalu tinggikah cita-citaku? pesan sahabat..jadilakanlah diri mu seperti diri seorang yang kita inginkan. InsyaAllah..janji Allah itu benar.
No comments:
Post a Comment