Pages

Friday, January 7, 2011

tangisan kalbu

hati diusik rasa
jiwa dirantai duka
penantian begitu menyeksa
perlukah ditamatkan saja

berkecai sudah harapan
sakit di hati terkesan
tiada langsungkah sekelumit perasaan
biar aku kesorangan

andai dapat kulupa
segala kenangan bersama
andai dapat ku membenci
seorang diri yang kusayangi
andai dapat kusisih
itulah jalan yang ingin kupilih

biarlah ku seorang
biarlah ku terawang
biarlah ku kecundang
biarlah ku terbang

biarlah dia gembira
biarlah dia menyeksa
biarlah dia ketawa
biarlah dia bahagia
kerana itulah yang aku doakan
dan itulah yang aku harapkan untuknya

No comments:

Post a Comment