Pages

Tuesday, August 24, 2010

kekuasaan Allah

Asslamualaikum...
minggu lepas apabila permohonan group aku untuk membuat research di salah satu syarikat swasta di kl umpama menunggu kucing bertanduk, diri ini dilanda kekecewaan. Oleh sebab research yang tertangguh, dan hujung minggu yang kosong jadi aku menerima pelawaan seorang sahabat untuk pergi ke program ESQ.

Rupanya ada hikamah disebalik semua ini, aku tidak sepatutnya kecewa kerana semuanya ketentuan daripada Allah. SesungguhNya, Dia lah petunjuk yang sebenarnya. Subhanallah.. program ini memperkenalkan atau kata makna lain yang lebih benar adalah menyedarkan diri aku tentang kekuasaan Allah. Subhanallah... sudah lama aku jauh dari pencipta yang satu ini. Teori bigbang adalah permulaan program ini, di mana permulaan penciptaan alam semesta. Subhanallah...bertapa kerdilnya diriku ini. Satu titik yag pada mulanya hanya sekecil kecil zarah meletup dan berkembang dan terus berkembang kemudian tertebentuk alam semesta dan pada awal nya kewujudan tercipta air untuk kehidupan yang ada dimuka bumi. Air mata pertama keluar tatkala hati bergetar mengakui kekuasaan Allah.

Itulah ESQ 165, bukan sekadar program motivasi biasa. tetapi ianya adalah penyedaran diri terhadap kewujudan Allah. 1 yang bermaksud ehsan, 6 yaitu rukun iman dan 5 adalah rukun islam. 165 mestlah dipegang, tanpa ihsan, rukun iman dan islam. tiada maknalah hidup seseorang itu. program ini yang menyedarkan spritual itu amatla penting didalAm diri untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. dalam diri setiap manusia bukan sahaja mempunyai kekuatan fizikal (IQ) dan kekuatan emosional (EQ) tetapi ada yang lebih penting iaitu kekuatan spritual (SQ).

Jadi aku sedar, aku tidak sepatutnya kecewa dengan reserch yang tertangguh. kerana sesunguhnya Allah Maha Mengetahui dan Dia adalah sebaik-baik perancang. ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya, Dia memberi petunjuk kepada ku supaya kembali kejalan yang benar. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment