Kadang2 kita xmenduga banyak perkara akan
berlaku dalam hidup kita. Kadang2 kita melihat
hidup orang lain lebih sempurna dari hidup kita,
lebih gembira dari kita, dan kecewa dengan hidup
sendiri kerana tidak seperti yang diimpikan, tp
pernahkah kita sedar yang masih ada yang lebih
mengalami nasib malang malah lebih teruk dari
apa yang kita alami? Kita sering menyalahkan
takdir sedangkan kita tidak pernah bersyukur di
atas nikmat yang pernah dianugerahkan kepada
kita.
Kadang2 kita terpaksa melukakan hati insan yang
kita sayangi, kadang2 kita terpaksa berkorban
demi insan yang kita sayang, malah ada yang
sanggup menyakiti hati sendiri demi
membahagiakan hati insan yang tersayang. Tetapi,
banyak manakah yang sedar akan kebaikan yang
dibuat? Kadang2 kita dipersalahkan, sedangkan
hanya kita sahaja yang tahu sebabnya.
Kadang2 ada perkara yang perlu didedahkan,
tetapi ada juga yang tak patut dibagitau. Hanya
yang prihatin dapat menilai. Jgn sampai tersilap
menilai. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,
laluilah hidup dengan sempurna walaupun ianya
agak mustahil. Kegembiraan tak kan datang
bergolek, kesedihan tak kan selamanya
menyelebungi hidup. Sedar atau tidak, semuanya
ada di depan mata. Hargailah apa yang ada
sebelum ia hilang.
No comments:
Post a Comment