Pages

Friday, March 27, 2015

10 Minit Yang Berharga


Bismillahirrahmanirrahim


Di suatu petang, aku dan abang terkocoh kocoh berlari, dari satu rumah ke satu rumah lalu melalui lorong untuk sampai ke distinasi yang dituju. Tidak kami hirau jeritan kawan-kawan sepermainan di taman permainan kerana meninggalkan permainan begitu sahaja.

Abangku yang tua 2 tahun dari ku menjerit.
     
        "Cepat-cepat!! dah pukul 6.30, habis... pasti ayah marah,"

Tercungap-cungap kami berlari, lalu berhenti di hadapan rumah. Sah.. hukuman bakal dikenakan kerana bermain melebihi masa yang ditetapkan.

Ayah berdiri di pintu pagar rumah, dengan muka yang garang sambil memegang rotan.
    
       "Ayah sudah pesan banyak kali, apabila bermain, pastikan sampai di rumah sebelum pukul 6.30. Maghrib sekarang sudah awal. Pukul berapa hendak mandi dan bersiap-siap untuk maghrib?"

Aku didalam hati. 
  
         'Aduh.. inilah padahnya apabila bermain tidak ingat dunia. Jam pula tidak dipakai.'


Itu lah salah satu peraturan rumah aku, displin yang ayah terapkan buat kami, bersedia sebelum azan berkumandang. Setiap kali sebelum azan, setiap ahli rumah sudah pun mengambil wuduk, sudah ada di ruang solat dan sejadah sudah di bentang.

Kata ayah, ada 4 grade manusia


A. Manusia yg sebelum azan berkumandang sudah mempunyai wuduk dan sudah berada di tempat solat sama ada di rumah, masjid atau surau.
B. Manusia yg mendengar azan terus meninggalkan kerja dan segera mengambil wuduk utk menunaikan solat.
C. Manusia yg sudah mendengar azan berkumandang tetapi masih leka dengan urusan dunia. Selepas kerja siap baru menunaikan solat.
D. Manusia yang mendengar azan dan langsung tidak menunaikan solat. Astaghfirullahalazim... jauh kan la kami daripada tergolong dalam kumpulan ini.


Manusia grade A adalah terbaik, kerana sudah bersiap sedia berjumpa Allah bila tiba masanya. Malah, ini menunjukkan kita, bahawa kita mengutamakan Allah daripada segala-galanya. Solat di awal waktu adalah yg paling terbaik, malah ganjarannya sangat la besar.

Namun kali ini nasib tidak menyebelahi kami. Akibatnya, hukuman berkurung di luar rumah dikenakan. Dalam tempoh beberapa minit kami diminta muhasabah diri semula atas apa yg kami lakukan.

Hukuman ini walaupun nampak biasa, tetapi bagi kami yang masih kanak-kanak mengajar kami beberapa penganjaran.

1. Alert dengan waktu.
2. Berdisplin dengan waktu
3. Malu dikenakan hukuman seperti itu kerana malu dilihat jiran2


Bertapa, ayah mendisplinkan kami dengan solat diawal waktu walaupun kami masih kanak-kanak. Didikan ayah ini, sahingga sekarang memberi kesan di dalam pembentukan peribadi kami. Aku seorang yang sangat menjaga waktu, sekiranya mempunyai temu janji dengan seseorang atau perkara-perkara lain seperti pergi ke kelas, aku akan pastikan aku sampai tepat pada waktu malah kebiasaannya aku akan sampai sebelum masa yg ditetapkan.

Baru-baru ini ayah telah memasang sebuah jam solat yang sangat praktikal di dinding rumah. Jam ini tertera 5 waktu solat, setiap kali waktu solat, akan berkumandang azan , malah 10 minit sebelum masuk waktu solat akan kedengaran bacaan surah-surah terpilih di dalam al quran. Sebagai contoh, surah al Waqiah pada waktu subuh dan surah al Mulk pada waktu maghrib. Jam ini juga akan mengalunkan zikir setiap tepat sejam.

Kataku pada ayah, kenapalah, jam ini tidak wujud pada zaman kecil kami lagi. Kata ayah, jam ini untuk cucu-cucunya yang akan lahir beberapa bulan lagi. Biar terdidik juga menjaga waktu. Sekiranya dia menjaga Allah, dalam urusan lain juga dia akan menjaga.

Betul kata ayah, apalah sangat wang berbanding kesan di masa hadapan. Jam ini seperti yang kita lihat di masjid-masjid cuma saiz nya lebih kecil sesuai dengan saiz rumah. Dan harganya lebih murah, sesuai dimiliki oleh setiap rumah.

-Jagalah Allah dan Allah akan menjaga kamu-



Jam Azan kategori rumah
jam ni bersaiz kecil dan nampak moden


jam yang telah di gantung di rumah


jam table
jam ini sama fungsinya seperti jam dinding
sesuai untuk dijadikan hadiah 
jam surau


jam masjid

Friday, January 9, 2015

PEMUDA


Bismillahirrahmanirrahim...


Scroll- scroll insta
terbaca ayat ini

"Pemuda, mereka adalah TUNGGAK kepada kebangkian sesebuah ummah, 
dan mereka juga boleh jadi TUNGGAK kepada kehancuran sesebuah ummah. 
Mereka di beri pilihan. 
Hanya 2 pilihan.
 Untungla pemuda yag memilih untuk berkorban demi agama, rugilah pemuda yang masih bersifat kebudak-budakan yang hanya bermatlamatkan "hibuan" dan "permainan" serta mengabaikan tangunggawab."

Nabi pernah bersabda
"Aku di bantu oleh pemuda"

sentap ! sangat sentap.. !

Allahu... 
what should I do??
what should I do??

Wahai Allah...tunjukkan aku jalan yang lurus. 

Friday, January 2, 2015

Waktu Berhibur Sudah Tamat

Bismillahirrahmanirrahim....

Telah masuk Tahun 2015, tahun ini adalah tahun turning point buat aku. Turning point dalam merubah diri menjadi yang lebih baik, lebih bagus dan matang, lebih hebat, dan lebih bersyukur sebelum Allah menarik nyawa aku kembali kepadaNya (dalam kata yang lain, menjadi sangat-sangat bermotivasi, busy, mendapatkan banyak pengalaman, bermanfaat buat ummah dan happy always).

Turning point dalam menjadi umat yang terbaik, hamba Allah yang disayangi di matanya, dan anak yang solehah. Semua ini tidak lain tidak bukan adalah persediaan aku menuju akhirat.

Tahun ini adalah tahun pembinaan dan pemantapan nilai-nilai diri.

Visi/ Action Plan tahun 2015

1.       Join aktiviti2 sukarelawan
2.       Mahir menjahit ( boleh jahit baju kurung, jubah, dress dan blouse sendiri)
3.       As my sister mentor (PT3) until she get excellent result
4.       Dapat kerja
5.       Berguru dengan Diyana Tahir
6.       Tamat master dengan cemerlang

7.       Hadir Kelas-kelas/kuliah ilmu/ ceramah (tauhid, feqah dan lain2)
8.       Pergi forum, program dan lain2 ( berbayar dan tidak berbayar)
9.       Mantapkan ilmu photographer
10.   Setiap bulan atleast baca 2 buah buku, baca banyak artikel
11.   Explore my potential
12.   Hafal juzuk 30, surah al mulk, waqiah


Mungkin kalian kata, baru nak bina diri? Tiada istilah terlambat, selagi belum tua, selagi belum meninggal selagi itu kene berusaha

Kenapa aku letak visi aku di blog aku? Bukan untuk menunjuk atau berlagak, tetapi sebagai peringatan dan motivasi kepada diri aku sendiri untuk capai setiapa apa yang telah aku cita-citakan. Malah ini jugak adalah benda yang akan  buat aku bangkit semula dan terus berjalan bilamana aku mula rasa ingin berputus asa atau mula berasa penat  atau jatuh tersungkur buat keberapa kalinya kerana ada banyak perkara yang mesti aku lakukan.

pesan mentor " apa yang kita lakukan sekarang adalah siapa kita 5 tahun akan datang". to make u happy and success is starting NOW. NOW is time to hardwork without rest.

Moga Allah redha.

What past is past.
Keep moving foward.

Let it be let it flow
^_^