Pages

Wednesday, August 18, 2010

Bismillahiramanirrahim..
Ya Allah Yang Maha Bijaksana,
berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini.
dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakan Mu.
Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina tidak berniat daku untuk mengikarikanMu

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedtik sinar kehidupan
tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa,
sesungguhnya daku sedar
bahawa setiap apa yang daku sangkakn baik itu
mungkin tidak baik di pandangan Mu.

Engkaulah Pencipta Ku
dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku.
Esok lusa mungkin ku akan kebali kepada Mu,
terimalah daku Ya Allah,
sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku.

No comments:

Post a Comment