Pages

Wednesday, September 3, 2014

Dia segalanya- Asmaulhusna

Kringg…….

“Semua pelajar di minta beratur diluar kelas sekarang”

"Sekarang kita akan menyanyikan Asmaulhusna, semua pelajar dimohon berdiri tegak". suara wakil pelajar di pembesar suara.

Ya…ini la rutin harian aku dan pelajar-pelajar lain sebagai pelajar Sekolah Agama Menegah Hulu Langat atau paling di kenali sebagai SAM10 11 tahun dahulu, sudah sedekad lebih aku meninggalkan zaman persekolahan.

Teringat zaman melagukan Asmaulhusna setip pagi 5 hari seminggu sebelum memulakan pelajaran. Nama2 Allah menjadi sebutan dan ingatan sebagai pemula hari, nama Allah menjadi yang pertama sebelum ilmu-ilmu lain dimasukkan di dalam diri setiap pelajar.

Baru ku sedari mengapa mudahnnya ilmu-ilmu yang diberi diserap masuk ke dalam otak. Kerana di situ adanya Redha dan keberkatan Allah, kerana hari dimulakan dengan mengingati keagungn dan kehebatannya. Setiap pagi, bangun daari tidur rasa bersemangat ingin pergi ke sekolah menuntut ilmu.

Selpas mendengarkan video ini, teringat kembali zaman tersebut. Sudah lama rasanya meninggalkan amalan ini. Rasa seperti sudah jauh dari Maha Pencipta. Sayu..


video



Pernah terbaca dari catatan seorang akhwat,

‘Ingin merasa cinta kepada Nabi, Cinta la Allah. Dengan sendiri cinta seluruh makhluk akan hadir’. 

Sekiranya mahu hadirnya rasa Cinta itu, kenalilah Dia dengan sifat-sifat dan namanya (Asmaulhusna).


No comments:

Post a Comment