Pages

Wednesday, January 22, 2014

Adik

Bismillahirrahmanirrahim

Suatu hari adik kecil yang dah tak berapa kecil meminta pertolongan kepada kakaknya.

     "Kak...tolong kita jap macam mana nak buat ayat karangan ni"

Kerana mood kakaknya baik hari ni jadi...

     "Hmm.... meh sini... owh..ok, salin ayat ni... ********** ...."

Beberapa minit kemudian...

     "Kak..apa ni, ayat tinggi sangat, kita baru tingkatan dua"

Si kakak,

      "=_='... adoi..."

Alahai.... lately ni aku banyak baca buku. Dalam seminggu ni hampir 5 buah buku aku baca. Belum termasuk lagi blog2 di laman sesawang lagi. Buku-buku yang di baca pulak buku-buku tahap sastera, maksud-maksud ayatnya boleh buat otak bekerja keras untuk menghadamnya. Salah satunya, seperti buku Tuan Pahrol. Aku suka baca buku-buku beliau, keindahan ayat-ayatnya buat aku rasa lebih dekat dengan Tuhan.

Aku tak tahu kenapa jadi gila membaca kebelakangan ni. 'Sebenarnya aku tahu sebabnya, saja buat-buat tak tahu'. Sama ada aku nak bangun semula selepas terjatuh atau pun nak lupakan apa yang berlaku dengan perkara-perkara lepas. Tapi, serius dah jadi macam habit untuk aku membaca buku (buku yang postif je la ye, novel2 dah lama aku boikot) umpama makanan rohani aku.

Al-quran takyah citer la, kalau dulu satu hari 2 muka surat sekarang satu waktu 2 muka surat. Kalau dulu, hanya membaca sahaja, tapi..taddaburnya lebih menyeronokkan. Sekarang ni rasa macam nak menghafaz pulak. In shaa Allah suatu hari nanti. Lillahitaala, Misi ni mesti ku capai.

-nur addien- syurga lebih indah

No comments:

Post a Comment