Pages

Saturday, May 19, 2012

tiada apa yang mustahil

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah...sehingga hari ini masih dikurniakan oleh Allah umur yang panjang, badan yang sihat dan otak yang cergas. Rupanya sudah lama blog ini bersawang,

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sedar tak sedar saya sudah di tahun akhir di universiti. Subhanallah...sekejap je kan. Rasa baru je semalam di hantar ibu ayah ke kolej, rase baru je semalam kenal apa itu sains pentadbiran, rase macam baru je semalam kenal sahabat-sahabat yang sentiasa ada bersama dalam susah dan senang.

memang seeronok rasanya bila di tahun akhir, tapi di saat ini la segala ilmu yang dikutip, dikumpul dan segala cabaran yang dihadapi di semester lepas menjadi kekuatan utk menghadapi yang mendatang.

ditahun akhir....research umpama satu mimpi ngeri bagi kami. assgment inilah yang membawa kepada pelbagai konflik...konflik kepada diri, konflik bersama sahabat, konflik dengan supervisor jugak konflik terhadap perut. ish...apa la yang di repekan ni.

Alhamdulillah....hari ini group saya selesai membentangkan pre viva kami. kene komen itu perkara biasa. kene kutuk jugak perkara biasa, tapi kalau kene puji itu yang luar biasa. Seorang pensyarah mengatakan tajuk kami agak menarik....tetapi ada seorang pensyarah mengatakan research dilakukan kami terlalu tinggi cita-citanya. agak melebihi kemampuan kami sebagai seorang pelajar degree...saya....saya...saya...agak down sebenarnya. tapi....sebenarnya...

kenapa kita nak dengar, ambil, cerna dan hadam kata-kata itu andai kita tahu potensi diri kita? kita tahu kita boleh lakukan, walaupun pelbagai cabaran yang akan kita hadapi, kenapa perlu lepaskan apa yang telah kita mulakan? kenapa harus lepaskan andai itu yang dapat menyumbang kepada Islam?



Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum mencuba. Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak?

oleh itu....buat diri saya..buat diri awk..buat diri sahabat...dan siapa-siapa sahaja...jangan la risau...


kerana.. Allah tahu apa yang terbaik  untuk kita...percaya dan yakin...serahkan segalanya kepada Dia, InsyaAllah.


yang penting....Hadapi...hayati...dan nikmati. kerana tidak semua orang berpeluang mempunyai pengalaman ini, ilmu ini...

video



orang kata, kita pasti akan merasai manisnya sebuah kejayaan selepas berhempas pulas, berusaha, dan tabah menghadapi pelbagai cabaran. serius saya tidak sabar merasai manisnya rasa itu. buat sahabat saya Sumayyah... mari kita berusaha, berhempas pulas dan merasai penat bersama-sama agar bila tiba saatnya...kita sama-sama dapat menikmati manisnya hasil sebuah kejayaan ^_^

p/s-Buat diri saya...belum tiba masanya lagi untuk berehat..masih panjang perjalanan anda. distinasi rehat diakhira sana nanti.


1 comment:

  1. wah..sempat lagi awak update blog ye..apepn, gud job dear ^_^ tq sebab mem'feymes'kn nama saya :p

    ReplyDelete