Pages

Wednesday, September 7, 2011

pembiayaan untuk kehidupan diakhirat

Bismillahirramanirrahim..

Pesan Mentor

Pesan sifu saya selepas beliau meninggalkan dunia ini | Beliau meninggikan suara sewaktu berada dalam sebuah masjid berhampiran di tempat beliau berniaga, "Siapa suruh minta derma dengan orang lain, saya kan sudah berikan amaran, jangan minta sedekah, jangan minta derma dengan orang lain, saya masih hidup, minta duit daripada saya untuk baiki masjid, tukar karpet masjid, ataupun ubahsuai masjid ini. Bankrapkan saya dahulu untuk masjid ini, baru boleh minta sedekah dari orang lain."


Beliau tidak berpuashati kerana sewaktu selepas mengerjakan solat zuhur beliau mendapati karpet rumah Allah sudah ditukar baru, beliau terus bergegas ke pejabat beliau, bagi mengetahui sama ada, orang masjid ada datang untuk meminta duit bagi kos penukaran karpet. Apabila pekerjanya kata tiada di terus ke masjid dan 'memarahi' AJK masjid yang secara puratanya adalah ahli bisnesman juga yang sembahyang di rumah Allah itu.

Rupa-rupanya buat bisnes adalah supaya beliau dapat berusaha sekuat-kuatnya agar dapat membankrapkan diri kerana Allah.

Beliau mati tetapi meninggalkan kata-kata pujian orang lain terhadap beliau yang tidak pernah serik membankrapkan diri untuk bantu orang lain.



hebatkan manusia ini, membankrapkan diri didunia untuk kekayaan diakhirat. bagiku hamba Allah ini sungguh hebat. menjadi pemangkin dan semangat kepadaku untuk menjadi seperti beliau. berusaha bersungguh-sungguh untuk membankrapkan diri untuk kebahagiaan hidup diakhirat. biznillah..InsyaAllah.

bagiku, ilmu jugak salah satu harta bermanfaat untuk disedekahkan bagi pembiayaan untuk kehidupan diakhirat. jadi....mari sahabat-sahabat, kita menuntut ilmu dengan bersungguh-sunguh dan penuh usaha untuk dimanfaatkan kepada seluruh manusia.





p/s- pesanan buat diriku--jangan meniru, menipu dalam menuntut ilmu. dan sentiasa memberi.^_^

1 comment:

  1. alangkah indahnya andai mampu menjadi hartawan dunia n akhirat..

    ReplyDelete