Pages

Wednesday, February 2, 2011

kekecohan yang melanda dunia

Ya Allah...Kau selamat kan sahabat-sahabat ku, saudara-saudara seislam, dan saudara2 senegara yang berada di Mesir, Kau permudahkan la segala urusan mereka dan lindungilah mereka.

sebak terasa dan sedih apabila membaca dan menonton berita tentang kekacaun yang berlaku dia mesir. insan yang lemah seperti ku ini tiada apa yg dapt ku bantu selain doa yg dapat kuhulurkan.

pelbagai andain hadir di kepala, bagaimana perkara macam ini berlaku. Mesir negara islam yang maju, disitula bumi anbiya, banyak tinggalan sejarah, ilmu-ilmu dan pelbagai khazanah dari sahabat-sahabat nabi dan pejuang islam pada zaman dahulu.

selepas semua kekacaun yang terjadi dan peperangan yang akan berlaku apa yang akan tinggal?? Bagaimana dengan universiti-universiti tempat sahabat-sahabat ku menuntut ilmu, tinggalan-tingalan ilmu yg tinggi nilai harganya disana, apa yang akan tinggal?

penjara dibom, balai polis dimusnahkan, 5000 banduan terlepas, Ya Allah..5000 bukan sikit bilangannya. tak dapat ku bayangkan apa yang terjadi disana.

Adakah semua ini konspirasi dan agenda dari iblis-iblis yang bertopengkan manusia yang memang ingin melihat islam kucar kacir?

Semoga umat Islam bersatu padu dalam menghadapi dugaan ini. Ya Allah...Hanya Engkau yang Maha Berkuasa, tiada lagi tempat selain Engkau untuk kami mohon bantuan dan perlindungan.

No comments:

Post a Comment