Pages

Sunday, January 2, 2011

tahun baru azam dan semangat baru

salam

selamat tahun baru...!! bila meningkat nya tahun, sedar tak sedar umur pun semkin meningkat. jadi kena la ada azam dan matlamat, matalamt pula perlu la berstertegi supaya hidup yang dilalui tidak sia-sia begitu sahaja dan matlamat dapat dicapai dengan jayanya. apa matlamat aku tahun ni ye?? owh..diri, muhasabalah diri kamu ini ( untuk diri aku).

jadi..sahabatku dari sang pelangi ada mengirim sebuah warkah yang bertajuk ' Bagaimana Azam Tahun Baru Menjadi Doa Yang Dimakbulkan Tuhan'

Aku amat yakin dan pasti, kalian semua bercita-cita juga untuk melancong, bukan? Jadi, aku mahu tanyakan soalan berikut pada kamu:

  1. Berapa tiket flight ke Hong Kong pada bulan Ogos 2011?
  2. Bilakah tiket ke Seoul/Incheon akan jatuh harga paling murah?
  3. Airlines mana yang paling murah untuk ke Tokyo?
  4. Adakah bertolak dari KL, KK, atau Changi lebih murah?
  5. Siapa akan menjemput kita di airport sebelah sana?

*gantikan lokasi di atas, dengan nama lokasi yang ingin dituju.

Andai telah menjawab soalan di atas, tahniah! Kalian setapak sahaja lagi ke sana. Allah pasti memakbulkan doa orang yang berstrategik dalam bercita-cita.

Soalan inilah yang diajarkan oleh senior beliau di Jepun. Lihatlah betapa dahsyat dan telitinya kita dalam berkeinginan. Senior beliau mengajarkan, bahawa sebagai impian yang menjadi doa, adalah cita-cita yang dirancang agar dimakbulkan Allah.

No comments:

Post a Comment