Pages

Thursday, April 16, 2015

Surat untuk Diyana 35 tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Hai Diyana, Assalamualaikum. Diyana 35 tahun sihat? Harapnya sihatlah. Hari ini hari rabu, pukul 11.35 pagi, bertarikh 15/4/2015. Diyana sihat, Alhamdulillah. Sekarang tengah usaha cari kerja. Sekarang diyana tengah duduk di atas kerusi di depan meja belajar, didalam bilik utama. Cuaca cantik hari ini, Alhamdulillah.. Angin sempoi-sempoi bahasa, matahari bersinar cantik, pokok-pokok di hadapan rumah bergoyang sangat indah. Senang cerita cuaca seperti ini kalau pergi berkelah memang syok. Sikit lagi diyana nak masak tengah hari untuk adik.
Surat ini ditulis untuk diyana 35 tahun. Rupanya dah 10 tahun dah masa berlalu. Agaknya bagaimana rupa diyana 35 tahun ye? Masih awet muda ka? Hehe… pasti makin cantik, sopan dan menawan. Pasti makin berkeyakinan.
Sekarang ni tahun 2015. Diyana pun tak pasti sama ada akan ada tak tahun 2025 untuk diyana.  Andai kata takdir Diyana tak panjang umur? Allah.. katakanlah tak ada 2025 untuk Diyana, saya doakan dengan Rahmat Allah yang Maha pengampun lagi Maha Penyayang, semoga Diyana meninggal dunia dalam keadaan husnulkahtimah dan dengan rahmat Allah juga, Diyana dapat masuk Syurga Firdaus. Semoga Diyana menjadi Bidadari Syurga. Nak tahu satu benda tak? Orang-orang yang tengah baca doa surat ni pun tengah doa supaya bila Diyana mati, Diyana mati dalam keadaan Syahid dan dapat Syurga Firdaus. Baik kan diorang? Hehe… Moga Allah memperkenankan yang sama untukmu juga wahai pembaca.
Diyana 35 tahun, dah terer public speaking ka? Berapa banyak mentor diyana 35 tahun menuntut? Kalau dah terer, bagusla. Kerana kita perlukan percakapan yang dapat memberi inspirasi pada orang yang mendengar dan menarik orang mendengar ilmu yang ingin kita sampaikan. Great…. Diyana 35 tahun.
Diyana 35 tahun tengah buat apa? Dah pandai masak ke? Dulu diyana 25 tahun ada bercita-cita nak masak sendiri untuk ahli keluarga, sediakan bekal air tangan sendiri untuk suami dan anak-anak pergi kerja dan sekolah. Sedia bekal ala-ala bento pulak tu, cukup segala neutrisi. Hebatkan? Sebab, selain dapat melakukan penjimatan, ia jugak dapat mengeratkan kasih sayang antara isteri dan ibu terhadap suami dan anak-anak. Kesihatan mereka pun terjamin, InsyaAllah. Pasti diyana 35 tahun dah terer masak kan. Hehe… bagusla
Tapi… sebelum tu, diyana 35 dah kahwin ke? InsyaAllah, diyana 25 tahun rasa diyana 35 dah kahwin, dan InsyaALLAH, Allah murah rezeki bagi 4 orang anak dalam masa 10 tahun  ni. Sebab diyana umur 25 tahun ni pun dalam proses ke arah membina baitul muslim. Diyana 35 tahun doakan ye, semua persediaan dipermudahkan. Diyana 25 tahun doakan keluarga diyana 35 tahun, sentiasa dalam keberkatan Allah, mawaddah, sakkinah dan warahmah.
Apa la, awal-awal lagi dah cerita pasal perkahwinan, tapi takpela. Diyana 35 tahun, kerja apa sekarang? Diyana harap diyana 35 tahun dapat capai cita-cita diyana 35 tahun untuk melakukan pekerajan yang diyana 35 tahun suka, sangat passion dengannya, dan memberi manfaat pada ramai orang. Tak kisahla, apa-apa pekerajan pun, asalkan Allah redha dan berkat. Diyana 35 tahun sudah menJadi seorang yang hebat. Banyak melakukan amal bakti kepada ramai orang. Diyana 35 tahun dah ada ilmu yang dapat memberi manfaat pada ramai orang.
Diyana 35 tahun, dah jadi seorang ketua kan? Jadi ketua yang disyangi orang bawahan ye, ketua yang memberi inspirsi dan ketua yang menjadikan orang bawahan ye hebat juga. Malah ketua yang sentiasa mengingatkan orang bawahan tentang Allah.
Diyana 35 tahun, dah terbit buku? Sebab diyana 35 tahun dulu ada bercita-cita nak terbit buku sendirikan? Berapa buah buku dah? Owh ye, dah terer ilmu phothograpy x? dah berapa banyak exhibition diyana 35 tahun join? Pasti banyak gambar-gambar cantik dan berinspirasi diyana 35 tahun tangkapkan?
Diyana 35 tahun dah bebas hutang, hutang ptptn, hutang mara semua dah habis bayar. Setkat ni, itu jela yang diyana 25 tahun berhutang. InsyaAllah Diyana 25 tahun tak akan buat hutang, supaya diyana 35 tahun hidup tenang, bahagia dan aman damai. Baikkan diyana 25 tahun. Hehe… Diyana 35 tahun beli kereta dengan cash kan? Hebatnya, diyana 35 tahun.. beli kereta tanpa hutang. Hehe… great job diyana 35 tahun… diyana 35 tahun adalah seorang yang bebas hutang.
Diyana 35 tahun dah ada berapa buah rumah? Harapnya dah ada 5 buah rumah atas nama sendiri. Rumah-rumah diyana 35 tahun ni semua adalah asset yang menghasilkan positive income. Alhamdulillah… diyana 35 tahun, diyana 25 tahun harap, diyana 35 tahun dapat membayar kesemua hutang-hutang ibu ayah.
Diyana 35 tahun, dah bawak ibu yah pergi haji dan umrah beberapa kali. Alhamdulillah… owh ye, Diyana 35 tahun bercita-cita nak pergi banyak negara kan? Macam mana? Dah berapa Negara pergi? Pasti best kan dapat banyak ilmu dan ibarah dari pemusafiran. InsyaAllah, dengan ilmu dan pengalaman ini, semakin mematangkan Diyana 35 tahun juga menjadi insan yang hebat. Harapnya, diyana 35 tahun sekali sekala dapat bawak ibu ayah, keluarga dan keluarga mertua pergi bermusafir sekali.
Diyana 35 tahun dah ada business sendiri kan? Diyana 35 tahun buat bisseness apa? Diyana tak tahu business apa yang diyana 35 tahun jayakan. Tapi yang diyana pasti diyana 35 tahun mempunyai visi mempunyai business yang memberi manfaat pada ramai orang. Alhamdulillah, moga Allah memberi kejayaan didalam bisness yg diyana 35 tahun lakukan dan moga diberkati Allah. Alhamdulillah, dengan hasil bissness ini lah, diyana 35 tahun membantu orang-orang yang memerlukan, bantu dalam pembangunan Islam, bayar hutang ibu ayah, bawa family jalan-jalan dan bawa ibu ayah dan mertua pergi umrah dan haji. Diyana 35 tahun adalah seorang yang kaya dan Berjaya.
Diyana 35 tahun, diyana nak ucapkan terima kasih sebab buat ibu ayah bangga. Mereka bangga dengan kejayaan yang kamu peroleh. Teruskan la buat ibu ayah dan ahli keuarga bangga terhadapa kamu. Lagi pun diyana 35 tahun kan nak jadi anak yang solehah, hamba solehah, isteri solehah malah ibu yang hebat.
Diyana 35 tahun dah jadi hafizah ke belum? Diyana sekarang ni tengah menghafal al quran, InsyaAllah, harapnya diyana 35 tahun dah menjadi hafizah, ayat alquran sudah sebati ddidalam hati dan lancar di mulut. InsyaAllah, anak-anak diyana 35 tahun pun sudah bermula menghafal al quran sejak di awal umur lagi.
Owh ye, harapnya diyana 35 tahun dah peroleh ijazah sarjana cemerlang. Alhamdulillah, syukur… diyana 35 tahun dah buat projek apa ye untuk generasi akan datang? Harapannya.. projek tu dapat memberi kesan untuk pembangunan Negara islam dan kejayaan Islam suatu hari nanti. Diyana tahu, diyana 35 tahun mampu lakukan. Kerana diyana 35 tahun adalah seorang wanita yang hebat, kreatif, bersungguh-sungguh dan mampu mencapai apa yang dia inginkan.
Diyana 35 tahun, teruskan aktif dengan usrah dan tarbiyah ye. Rajin pergi malis-majlis ilmu. Diyana doakan diyana 35 tahun dkurniakan sahabat-sahabat yang baik dan hebat. Berkasih sayang kerana Allah. Malah dikelilingi dengan orang-orang hebat yang baik lagi soleh. Didik anak-anakmu menjadi peribadi muslim yang baik supaya mereka dapat menjadi pemimpin negara islam yang baik suatu hari nnati.
Diyana yang 35 tahun, Diyana yang 25 tahun nak cakap ni. Diyana ada banyak impian. Banyak harapan. Diyana ada checklist. Semua ni impian yang kuat yang Diyana nak pegang. Diyana tak nak Diyana 35 tahun lupa benda ni. Walaupun semangat Diyana naik turun. Iman Diyana naik turun. Diyana harap moga-moga, Diyana 35 tahun nanti tetap berlari kejar matlamat dan impian. Diyana jangan lupa jaga solat. Awal waktu dan berdisplin. Solat itu boleh menghindarkan Diyana daripada dosa.
Ajal itu rahsia Allah. Jodoh itu rahsia Allah. Apa yang Diyana boleh kawal sekarang adalah hala tuju Diyana. Diyana 25 tahun ni harap, Diyana 35 tahun nanti tak lupa Allah. Diyana 35 tahun nanti tak lupa bersedekah. Diyana 35 tahun nanti tak lupa buat baik pada Ibu dengan Ayah. Kawan-kawan yang Diyana niat untuk simpan sampai Syurga pun jangan lupa jugak.
Diyana tak tahu macam mana hidup dekat masa depan. Susah ke, senang ke, sakit ke, berat ke, bahagia ke. Yang penting, Diyana sekarang nak Diyana yang tengah baca ni ingat satu benda. Formula penting untuk bahagia. 
Letaklah dunia di tanganmu dan akhirat di hatimu. Kalau kau kejar dunia, maka kedua-dua dunia dan akhirat akan pergi meninggalkanmu. Tapi kalau kau kejar akhirat, maka dunia akan mengejarmu.

Apapun yang Diyana 35 tahun buat pada tahun 2025 nanti, bersemangatlah! Bangunlah walau berapa banyak kali pun Diyana jatuh. Diyana 25 tahun ni percaya pada Diyana 35 tahun. You can do it!
Ok la diyana 35 tahun, Diyana undur diri dulu. Teruskan usaha menjadi anak solehah, isteri solehah, hamba Allah yang terbaik dan umat Nabi Muhammad yang terbaik. Moga cita-cita Diyana 35 tahun tercapai ingin menjadi bidadari solehah.
La hawla wa la quwwata illa billah.
All the best! 
P/s: Berat dah berapa? :p
May Allah ease everything.



No comments:

Post a Comment